Kampung halaman saya

Istilah kampung merujuk kepada petempatan yang penduduknya kurang daripada 1000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana penempatan penduduk yang masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasi dan cara pemilikan tanah bagi penduduk setempatnya  di mana terdiri daripada Penghulu , Naib penghulu  , imam , bilai , setiausaha dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut perananya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk . Kampung Bukit , Naka itulah kampung halaman saya yang terletak di Mukim Pokok Sena di dalam negeri Kedah iaitu di utara Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara , Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.





    




Asal usul kampung saya ialah kampung saya terletak di tempat yang terpecil dimana hanya terdapat 50 buah keluarga sahaja yang mendiami kampung ini iaitu terdiri daripada bangsa melayu dan bangsa siam. Dialek yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain ialah bahasa siam . Ini kerana , perkampungan ini terletak di tengah- tengah antara perkampungan siam iaitu antara Kampung Chang Deng,Naka dan Kampung Lamdin,Naka . Salah satu sebab lain ialah kebanyakkan yang mendiami kampung ini adalah orang lama yang lahir dalam lingkungan tahun 40an dan 50an . Agama mereka pula ialah kebanyakkan penduduk beragama Islam dan ada juga sebahagian kecil penduduk beragama Buddha Siam. Buddha siam merujuk kepada mempercayai adanya hidup dan elemen sesudah kematian . Orang yang mati di rumah akan disimpan selama tiga hingga tujuh hari . Dalam kes kematian di luar rumah pula, mayat akan dibakar terus ke kuil dan dibakar dalam masa seminggu. Walaupun berbeza agama , masyarakat setempat masih menghormati antara satu sama lain contohnya di kampung Bukit terdapat masjid yang bernama Masjid Kg.Bukit , semasa azan dikumadangkan semua aktiviti yang berkaitan dengan agama buddha siam akan dihentikan seketika untuk menghormati azan yang berkumandang. Banyak aktiviti yang dijalankan di Masjid antaranya gotong-royong membersihkan masjid yang turut dihadiri oleh masyarakat beragama buddha siam yang membantu untuk meringkan kerja yang lebih cepat dilakukan apabila bekerjasama.





(Gambar Masjid KG.Bukit)


Antara tempat ibadat untuk masyarakt Buddha Siam di Kg. Bukit ialah di Wat Lamdin . Ini kerana Wat tersebut terletak hanya 8KM dengan Kg. Bukit . Akan tetapi , mereke lebih gemar beribadat di Wat Kalai , Wat Lampan dan Wat Titi akar kerana persekitarannya yang lebih besar dan kondusif . Menurut masyarakat buddha siam di sini , antara sebab utama mereka beribadat di Wat Lampan adalah kerana mempunyai Phra Par Lae Lai , Phra Oom Bart , Phra Keaw dan Ajarn Toh iaitu merupakan patung buddha . Di Wat Lampan juga turut mempunyai penempatan khususnya untuk masyarakat Siam Buddha yang tidak mempunyai rumah . Seterusnya ,ialah Wat Kalai iaitu merupakan kuil yang paling tertua di Kedah iaitu berusia hampir 200 tahun yang dibina oleh Nikcrodthamadtada . Disini terkenal dengan simbolik patung besar yang sedang duduk iaitu kira-kita 70 kaki tingginya. Setiap Wat mempunyai Tok Sami mereka yang tersendiri yang akan mengetuai segala upacara yang dijalankan.




(Wat Kalai )



Walaupun mereka berbeza agama tetapi kebanyakkan budaya yang diamalkan di Kg. Bukit ialah budaya melayu , sebagai contohnya semasa mengadakan majlis kenduri kawin, masyarakat di sini lebih gemar untuk memasak bersama-sama mengunakkan kuali,belangga yang bersaiz besar berbanding memanggil "katering" . Sehinggakan sekiranya terdapat keluarga yang mengunakan khidmat "katering", majlis mereka tidak dihadiri oleh ramai orang kampung kerana mereka merasakan keluarga tersebut tidak sudi menerima pertolongan mereka . Antara menu yang sering menjadi kegilaan dan kesukaan orang kampung disini ialah gulai kambing rebung , ayam goreng berempah dan sambal belacan . Tiga menu utama ini akan dimasak oleh orang perempuan manakala sesi menyebelih kambing dan memotong rebung dilakukan oleh orang lelaki . Sesi menyebelih kambing akan berlaku sebaik sahaja matahari terbit iaitu antara pukul 7.30 hingga 8.00 pagi . Semasa ini ramai penduduk kampung terutama kanak-kanak akan mengambil peluang ini untuk melihat dan menyaksikan kambing disebelih akan tetapi bukan sebarangan orang yang boleh menyebelih kambing ini , hanya orang tertentu sahaja yang boleh menyebelih untuk mengelakkan kambing berbau hanyir dan proses memasaknya lebih cepat . Antara adat yang dilakukan sebaik sahaja selesai menyebelih kambing/lembu ialah darah yang terpancut keluar akan digosokkan dengan tumit kaki belakang dan keseluruhan tapak kaki untuk memberikan tenaga sewaktu majlis perkahwinan dilangsungkan. Selepas selesai menyebelih , daging tersebut akan dirapah seterusnya memasak nya dalam jangka masa 2-3 jam untuk mendapatkan hasil daging yang lembut.






Pekerjaan yang dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat di kampung ini ialah menoreh getah dan menuai padi . Ini kerana, ekonomi yang terbesar di Kg. Bukit ialah mempunyai banyak ladang getah dan sawah padi . Ini merupakan sumber pencarian utama masyarakat di sini. Seawal jam 6.30 pagi selepas selesai menunaikan solat subuh, mereka akan keluar mencari rezeki dengan membawa bekalan untuk di makan semasa waktu tengah hari iaitu pada jam 12 tengah hari. Kebanyakkan mereka akan membawa bekalan nasi kerana pekerjaan mereka memerlukaan tenaga yang banyak dan memenatkan tubuh badan. Mereka akan pulang ke rumah pada jam 5 petang dan menghabiskan masa bersama keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti membersihkan halaman dan sebagainya. Pada sebelah malam pula, penduduk di sini lebih gemar untuk makan malam di luar rumah iaitu di anjung ataupun pondok untuk merasai angin malam yang menyejukan. Pada masa inilah masa yang sangat sesuai untuk berinteraksi dengan keluarga iaitu menanyakan mengenai sekolah anak-anak mahupun berbincang mengenai kewangan dan sebagainya.




(Gambar sawah padi selepas menuai)

Pada hujung minggu pula, masyarakat disini akan beramai-ramai pergi ke "nat" iaitu pasar pagi untuk membeli keperluan barang dapur seperti ayam,ikan,rempah ratus dan sebagainya. Nat yang popular di kawasan ini adalah "Nat Naka" iaitu pada hari Jumaat , "Nat Pokok Sena" pada hari Sabtu dan "Nat Kuala Nerang" pada hari Ahad. Keistemewaan Nat ini dibandingkan dengan pasar pagi di Kuala Lumpur misalnya ialah harga yang ditawarkan disini adalah lebih murah dan juga kesegaran ikan mahupun ayam terjamin. Kebanyakkan penjual disini akan lebih mementingkan soal kebersihan contohnya penjual ayam akan menggunakan api untuk memastikan kesemua bulu ayam telah dicabut untuk mengelakkan ayam tersebut cepat busuk dan hanyir . Selain itu, di laluan depan terjualnya makanan dan minuman yang sangat sedap dan lazat seperti peneram, keropok lekor , cucur udang dan sebagainya. Tidak terlupa juga makanan popular di Kedah iaitu bihun sup,mee sup juga dijual di sini. Mereka akan singgah disini untuk makan sebelum pulang kerumah masing-masing. Ini adalah masa yang terbaik untuk mereka , berbual antara satu sama lain dan berkongsi pendapat mahupun pandangan kerana seperti semua sedia maklum, jarak antara satu rumah ke rumah yang lain adalah jauh iaitu kira-kira 200meter mahupun ada yang lebih dari itu. 





Comments