Kampung halaman saya
Istilah kampung merujuk kepada petempatan yang penduduknya kurang daripada 1000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana penempatan penduduk yang masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasi dan cara pemilikan tanah bagi penduduk setempatnya di mana terdiri daripada Penghulu , Naib penghulu , imam , bilai , setiausaha dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut perananya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk . Kampung Bukit , Naka itulah kampung halaman saya yang terletak di Mukim Pokok Sena di dalam negeri Kedah iaitu di utara Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara , Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara. Asal usul kampung saya ialah kampung saya terletak di tempat yang terpecil dimana hanya terdapat 50 buah keluarga sahaja yang mendiami kampung ini iaitu terdiri daripada bangsa melayu dan b...